Tuesday, March 8, 2011

OPERASI PENGHANTARAN PELAJAR PELAJAR TERENGGANU KE MESIR

Kuala Terengganu: 8 March 2011, Datuk Haji Wan Ahamad bin Wan Muda Timbalan SUK Pengurusan memaklumkan mesyuarat penyelarasan antara MAIDAM, Yayasan Terengganu dan Pentadbiran Negeri yang diadakan pada hari ini telah bersetuju menghantar pelajar perubatan dan pergigian kembali menyambung pengajian masing-masing di Mesir pada 15 March 2011 berasaskan kepada keperluan pengajian universiti masing-masing. Seramai 179 pelajar Terengganu yang terlibat.

Mesyuarat berkenaan telah dihadiri oleh Haji Wan Harujan Sulaiaman CEO MAIDAM, Ustaz Ahmad Kamal Abdullah Pegawai Tadbir Hal Ehwal Pelajar YT Mesir, En Razali Mahmud KPP Tajaan dan Luar Negara YT, Haji Zulkifli Abu Bakar Tim. Pengarah UPEN , En Hadi Hassan KPSU Pembangunan SUK Trg, Ustaz Lukema Meri Saleh PSU Agama SUK, Haji Abu Baker Sidiq NGO, Ustaz Yaacob Abdullah Pegawai MAIDAM.

Bagi pelajar-pelajar jurusan lain, tarikh penghantaran ke Mesir masih belum ditetapkan lagi dan akan dimaklumkan kemudian.

Semua pelajar Perubatan dan Pergigian yang akan kembali ke universiti masing-masing di Mesir dengan pembiayaan Kerajaan Negeri dan MAIDAM dikehendaki menghadiri sessi pendaftaran dan taklimat yang akan diadakan pada hari Khamis;10 March 2011, jam 10.30 pagi di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Hanya pelajar-pelajar yang telah mengembalikan borang maklumat pelajar dan mendaftarkan diri dengan Yayasan Terengganu atau MAIDAM akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Pelajar-pelajar dinasihatkan selalu melayari sesawang website ini dan menghubungi Yayasan Terengganu atau MAIDAM dari masa ke semasa untuk perkembangan dan maklumat terkini.

Untuk kelancaran perjalanan, kerajaan negeri juga akan menyediakan pengangkutan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke muhafazah- muhafazah ( daerah- daerah ) pusat pengajian masing- masing.
Publish Post

No comments:

Post a Comment