Tuesday, February 8, 2011

37 Pelajar YT Sampai di Terengganu Malam Semalam


MB melayani pelajar dan ibubapa pada satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman, malam semalam. - Gambar oleh Zul Putra.

Dalam suasana yang berbaur antara suka dan duka, sedih dan gembira; kepulangan pelajar-pelajar Terengganu di sambut di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kita jam 10.30 malam semalam. (8 Februari 2011).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud menyambut pelajar-pelajar berkenaan bersama-sama dengan ibubapa dan keluarga pelajar berkenaan.
Mereka menunggu dengan hati yang teruja setelah sekian lama menanggung perasaan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka di Mesir yang bergolak.

Menurut Yayasan Terengganu, sehingga ini seramai 37 pelajar Terengganu sudah pulang ke negeri ini.

Kediaman rasmi Menteri Besar malam semalam meyaksikan kepulangan 28 pelajar tajaan Yayasan Terengganu dari Mesir itu.


Sebelumnya sebelah siang mereka tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan kemudian bertolak balik dengan bas ke Terengganu.

Ahmad Said yang sedang mempengerusikan suatu mesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan di kediaman rasminya itu menangguh seketika mesyuarat untuk menyambut ketibaan pelajar berkenaan.

Hampir satu jam setengah Ahmad Said meraikan para pelajar, termasuk ibubapa serta keluarga pelajar berkenaan. pihak kediaman Menteri Besar menyediakan makan malam khas untuk tetamu yang baru dari Mesir itu.

Hadir sama Setiasauaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Aziz Mamat, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri (APMT) , Roshali Taha, Pengarah Unit Komunikasi, Haji Shamsuddin Sulong, pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar dan Yayasan Terengganu.

Misi membawa pulang pelajar dari Mesir ini berterusan pagi ini apabila lebih ramai pelajar Terengganu tiba secara terus dari Jeddah ke Kuala Terengganu.

sumber : teganuku.blogspot.com

CARTA PENGURUSAN J/K KHAS PEMINDAHAN PELAJAR TERENGGANU MESIR DI JEDDAH

KETUA OPERASI

TN. HJ. LUKEMA MERI BIN SALLEH (PEJ.SUK TERENGGANU)

+9660593104744

TIMB KETUA OPERASI

TN. HJ. YAACOB BIN ABDULLAH

(MAIDAM)

+60139970673

PENYELARAS

TN. HJ. ABU BACKER SIDEK

+966565298008

+60192886194

SETIAUSAHA 1

ABDULLAH AMIR BIN MOHD ZABUDIN

(0542740611)


SETIAUSAHA 2

TENGKU FATHIMAH BINTI TENGKU HASHIM

(0541842817)

UNIT PENEMPATAN

PEMANTAU : NURHAMIZAH PUTEH

KETUA : FIRDAUS (0561570737)

TIMBALAN : NUR FARHANA HANAFI ( 0561570731)

UNIT KECEMASAN

PEMANTAU : SITI HAJAR AHMAD SABRI

KETUA : TENGKU FAKHRUDDIN (0561578050)

TIMBALAN : MARYAM FATINI MOHD ZABUDIN

( 0563687448)

UNIT PERHUBUNGAN

PEMANTAU : NURSYAZWANI JUSOH (0542740868)

KETUA : AHMAD SALIKIN ABDUL RAHMAN (0580860034)

TIMBALAN : NURAINI ABDULLAH ( 0545570863)

UNIT KESELAMATAN

PEMANTAU : NORZIFAH EMBONG

KETUA : NOOR AHMAD HAKIM MOHD NOOR (056153406)

TIMBALAN : SHAZAZIERRA SHARIFF (0548936348)

UNIT INFORMASI

PEMANTAU : NURTAQIAH AHMAD SABRI

KETUA : ABDULLAH ALQARI MOHD ZABUDIN (0542748402)

TIMBALAN : NOR EINA M.ALI ( 0565216955)

UNIT DATA & MAKLUMAT

PEMANTAU : MOHD NASIRUDDIN (0547287559)

KETUA : ABDULLAH HARIS ZAKARIA (0561563756)

TIMBALAN : NAUFAL KAMARUDDIN ( 0548735088)

UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

KETUA : MOHD ZAHANI ABDUL GHANI (0561578020)

TIMBALAN : MARDHIAH NORDIN (0548733525)