Tuesday, February 8, 2011

37 Pelajar YT Sampai di Terengganu Malam Semalam


MB melayani pelajar dan ibubapa pada satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman, malam semalam. - Gambar oleh Zul Putra.

Dalam suasana yang berbaur antara suka dan duka, sedih dan gembira; kepulangan pelajar-pelajar Terengganu di sambut di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Iman, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kita jam 10.30 malam semalam. (8 Februari 2011).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud menyambut pelajar-pelajar berkenaan bersama-sama dengan ibubapa dan keluarga pelajar berkenaan.
Mereka menunggu dengan hati yang teruja setelah sekian lama menanggung perasaan bimbang akan keselamatan anak-anak mereka di Mesir yang bergolak.

Menurut Yayasan Terengganu, sehingga ini seramai 37 pelajar Terengganu sudah pulang ke negeri ini.

Kediaman rasmi Menteri Besar malam semalam meyaksikan kepulangan 28 pelajar tajaan Yayasan Terengganu dari Mesir itu.


Sebelumnya sebelah siang mereka tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan kemudian bertolak balik dengan bas ke Terengganu.

Ahmad Said yang sedang mempengerusikan suatu mesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan di kediaman rasminya itu menangguh seketika mesyuarat untuk menyambut ketibaan pelajar berkenaan.

Hampir satu jam setengah Ahmad Said meraikan para pelajar, termasuk ibubapa serta keluarga pelajar berkenaan. pihak kediaman Menteri Besar menyediakan makan malam khas untuk tetamu yang baru dari Mesir itu.

Hadir sama Setiasauaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Aziz Mamat, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri (APMT) , Roshali Taha, Pengarah Unit Komunikasi, Haji Shamsuddin Sulong, pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar dan Yayasan Terengganu.

Misi membawa pulang pelajar dari Mesir ini berterusan pagi ini apabila lebih ramai pelajar Terengganu tiba secara terus dari Jeddah ke Kuala Terengganu.

sumber : teganuku.blogspot.com

No comments:

Post a Comment