Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud menyambut pelajar-pelajar berkenaan bersama-sama dengan ibubapa dan keluarga pelajar berkenaan.

Kediaman rasmi Menteri Besar malam semalam meyaksikan kepulangan 28 pelajar tajaan Yayasan Terengganu dari Mesir itu.
Ahmad Said yang sedang mempengerusikan suatu mesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan di kediaman rasminya itu menangguh seketika mesyuarat untuk menyambut ketibaan pelajar berkenaan.
Hampir satu jam setengah Ahmad Said meraikan para pelajar, termasuk ibubapa serta keluarga pelajar berkenaan. pihak kediaman Menteri Besar menyediakan makan malam khas untuk tetamu yang baru dari Mesir itu.
Hadir sama Setiasauaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Aziz Mamat, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri (APMT) , Roshali Taha, Pengarah Unit Komunikasi, Haji Shamsuddin Sulong, pegawai-pegawai Pejabat Menteri Besar dan Yayasan Terengganu.
Misi membawa pulang pelajar dari Mesir ini berterusan pagi ini apabila lebih ramai pelajar Terengganu tiba secara terus dari Jeddah ke Kuala Terengganu.
sumber : teganuku.blogspot.com