Wednesday, February 2, 2011

SEMUA PELAJAR SELAMAT

PENGARAH YAYASAN Haji Kamarul Al-Amin Ismail melaporkan dari Mesir bahawa semua pelajar Terengganu selamat. Beliau memaklumkan semua pelajar Terengganu telah tinggal di Asrama Terengganu dan Rumah Malaysia di Abbasiah. Bekalan makanan telah dihantar oleh kerajaan Malaysia ditempat-tempat berkenaan.

Beliau memaklumkan terdapat pelajar yang terkandas di Lapangan Terbang kerana tidak dapat menaiki pesawat untuk keluar dari negara berkenaan. Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan makanan kepada pelajar berkenaan.

Amin seterusnya berkata keadaan di Mesir kembali tenang apabila Presiden Mubarak telah beralah dan mengumumkan tidak akan bertanding setelah tempoh perkhidmatan beliau berakhir hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment