Wednesday, February 2, 2011

MB MINTA PELAJAR TERENGGANU TINGGAL DI ASRAMA

MENTERI BESAR TERENGGANU, Dato' Seri Ahmad Said telah meminta semua pelajar Terengganu yang menuntut di Mesir yang tinggal di rumah sewa berpindah sementara ke asrama kerajaan negeri di Mesir. Beliau berkata demikian dalam perutusannya kepada pelajar Terengganu yang sedang menuntut disana berikutan pergolakan politik di negara berkenaan. Tindakan ini bagi memudahkan pihak berwajib memantau dan memberi bantuan yang diperlukan disamping memudahkan operasi membawa pulang sekiranya diperlukan.

Ahmad seterusnya berkata kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan yang berlaku di negara berkenaan melalui Wisma Putra dan juga secara lansung daripada pegawai, pimpinan pelajar dan pelajar Terengganu di Mesir.

Dalam suasana sekarang, Ahmad meminta pelajar menjaga keselamatan diri dengan akur kepada semua arahan pihakberkuasa.


No comments:

Post a Comment