Sunday, February 6, 2011

Tujuh Pelajar Terengganu Tidak Mahu Pulang

KHAHERAH, Mesir 6 Febuari 2011, Ustaz Kamal Abdullah melaporkan bahawa terdapat tujuh pelajar Terengganu di sini tidak mahu keluar meninggalkan Khaherah kerana yakin keadaan di Khaherah selamat. Mereka menganggap rusuhan yang berlaku tidak akan berpanjangan dan membahayakan keselamatan nyawa mereka.

Lima daripada pelajar berkenaan tinggal di Dewan Malaysia Abbasiyah, Khaherah, sementara dua lagi tinggal di Bawwabah, berdekatan Asrama Terengganu Hayyuhasir, Khaherah.


Ustaz Kamal akan mengadakan perjumpaan dengan mereka dan menasihati mereka agar ikut arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

No comments:

Post a Comment