Sunday, February 6, 2011

Kumpulan Terakhir Pelajar Terengganu Akan Pindah Malam Ini.

KHAHERAH Mesir, 6 Febuari 2011, kumpulan terakhir pelajar Terengganu dibawah tajaan Yayasan Terengganu dan penerima bantuan zakat MAIDAM akan meninggalkan Mesir pada hari ini. Ustaz Kamal bin Abdullah yang tiba di Khaherah dari Malaysia semalam melaporkan pada masa ini terdapat 30 pelajar di Asrama Terengganu di Hayyuhasih, Khaherah dan 20 orang lagi di Rumah MARA Iskandariah. Mereka semua dijangka bertolak ke Jeddah malam ini.

Menurut Ustaz Kamal lagi, suasana disekitar Khaherah agak tenang dan terkawal. Penduduk bebas bergerak kemana-mana dari jam 8.00 pagi ke 3.00 petang. Selepas itu perintah berkurung dikuatkuasakan oleh pihakberkuasa.

Walaupun suasana agak tenang dan terkawal, Kamal melaporkan bahawa sekatan jalan raya terlalu banyak disepanjang jalan utama di Khaherah. Sepanjangg perjalan beliau dari Lapangan Terbang Khaherah ke Asrama Terengganu di Hayyuhasir kira-kira 10 kilometer jaraknya, terdapat sejumlah 20 sekatan jalanraya oleh Polis.

No comments:

Post a Comment