Wednesday, February 2, 2011

MB ARAH WUJUD SEKETERIAT


MENTERI BESAR TERENGGANU Dato' Seri Ahmad Said telah mengarahkan pentadbiran negeri membuka seketeriat di Jeddah bagi memantau misi membawa pulang pelajar Terengganu.

Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Haji Mazlan Ngah telah mewujudkan Seketeriat Terengganu di Jeddah yang di anggotai oleh Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Yayasan Terengganu dan Pegawai Majlis Agama Dan Adat Terengganu (MAIDAM). Pentadbiran Negeri diwakili oleh Ustaz Haji Lukema Meri Saleh, Yayasan Terengganu diwakili oleh Ustaz Ahmad Kamal bin Abdullah dan MAIDAM diwakili oleh Ustaz Yaacob bin Abdullah. Beliau seterusnya berkata pegawai bekenaan akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut tempoh yang akan ditetapkan


Ketiga-tiga pegawai ini telah berlepas dari Kuala Terengganu Ke KLIA jam 10.00 pagi 3 Febuari 2011 dan meneruskan penerbangan ke Jeddah jam 3.00 petang hari yang sama menggunakan Saudi Arabian airalines 3811 dan dijangka akan tiba diJeddah jam 16.40 petang waktu Saudi.
Mazlan seterusnya berkata Seketeriat Negeri juga telah ditubuhkan yang diketuai oleh Datuk Haji Wan Ahamad bin Wan Muda Tmbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Razali Mahmud Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (Tajaan) dilantik sebagai setiausaha. Pejabat Seketeriat negeri telah dibuka di Pejabat Yayasan Terengganu.

Mazlan seterusnya berkata kerajaan juga telah membuka laman web bagi kerajaan mengeluarkan maklumat mengenai perkembangan misi membawa pulang pelajar Terengganu yang akan menjadi kemudahan kepada orang ramai mengtahui perkembangan misi berkenaan.

Menurut Mazlan lagi, alamat laman web resmi berkenaan ialah mesir.terengganu.gov.my.




No comments:

Post a Comment