Sunday, February 6, 2011

342 Pelajar Terenggau Berhimpun

JEDDAH, Arab Saudi 6 Feb 2011 jam 11.00 malam waktu Malaysia, kira-kira 165 pelajar lelaki dan 177 pelajar wanita anak Terengganu berkumpul di kompleks Tabung Haji Jeddah bagi mendengar ucapan daripada wakil kerajaan negeri ia itu ustaz Lukema Meri Saleh dan Ustaz Yaacob Abdullah dibantu oleh Haji Abu Baker Sidiq yang juga merupakan pemantau penyelaras urusan misi pulang serta menjaga kebajikan pelajar-pelajar Terengganu.

Mereka telah menyampaikan salam daripada YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said disamping meminta semua pelajar bersabar menghadapi dugaan ini. Beliau juga meminta semua pelajar bersyukur terhadap segala kemudahan dan bantuan membawa mereka keluar dengan selamat dari bumi yang sedang bergolak di Mesir ke Jeddah.

Beliau juga memaklumkan kepada pelajar-pelajar bahawa kerajaan negeri dibawah kepimpinan Dato' Seri Haji Ahmad Said tidak pernah berdiam diri terhadap trajidi yang menimpa pelajar di Mesir. Sebaliknya telah menghantar pegawai-pegawai ke Mesir bagi menyelaras misi membawa keluar pelajar serta menjaga kebajikan pelajar-pelajar walaupun mengtahui keadaan disana masih tegang.

Beliau juga telah menolak tuduhan liar pihak pembangkang yang menyatakan kerajaan lambat bertindak mengeluarkan rakyat negara ini dari negara yang bergolak itu. Sebaliknya kerajaan telah mengambil tindakan melalui suatu perancangan yang teliti bagi menjamin keselamatan semua pelajar Malaysia di Mesir.

No comments:

Post a Comment